Carian
July 25, 2019

KENYATAAN MEDIA LEMBAGA DISIPLIN

 

Lembaga Disiplin KEADILAN telah menerima beberapa aduan berkenaan salahlaku disiplin oleh beberapa orang pemimpin dan anggota parti yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan tulisan yang bersifat serangan peribadi kepada individu-individu tertentu.

Selaras dengan Resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan KEADILAN yang berlangsung di Port Dickson baru-baru ini, Lembaga Disiplin akan berusaha memperkukuhkan disiplin dan perpaduan parti dengan menggalakkan usaha-usaha perdamaian dan meredakan pertikaian.

Atas nasihat daripada Biro Politik KEADILAN, Lembaga Disiplin akan menghantar surat kepada Sdr Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak), YAB Amirudin Shari (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor) serta beberapa orang yang lain bagi memberi peringatan dan nasihat supaya menjaga tingkahlaku sebagai pemimpin dan mengutamakan perpaduan parti. Mereka juga akan diminta supaya memberi penjelasan atas beberapa kenyataan bersifat kontroversi yang telah mereka keluarkan.

Lembaga Disiplin berhak untuk mengambil tindakan berdasarkan tatacara disiplin parti sekiranya peringatan yang diberikan tidak mendapat respon yang positif daripada pihak-pihak yang terlibat.

Lembaga Disiplin
Parti Keadilan Rakyat

25 Julai 2019

Related Posts
crossmenuchevron-up