Carian
July 25, 2019

Kenyataan Media Pengarah Komunikasi

KENYATAAN MEDIA

Malam ini Biro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat. Antara perkara yang telah dibangkit dan dibincangkan termasuklah:

1) Resolusi Pemukiman Pimpinan KEADILAN di Port Dickson pada 19-21 Julai yang telah dihantar kepada semua pimpinan yang tidak hadir untuk mereka teliti; dan

2) Lembaga Disiplin telah diminta menghubungi sdr Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, YAB Amirudin Shaari dan beberapa anggota parti yang lain. Mereka akan diminta memberi penjelasan berkenaan kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini, berkait isu video tular.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi

24 Julai 2019

 

Fahmi_PKR_1563979471

Related Posts
crossmenuchevron-up