Carian

Penubuhan Ranting

Penubuhan Ranting

PENGENALAN

Ranting adalah unit operasi di dalam Cabang yang bertujuan memudahkan anggota Parti bergerak secara pasukan dalam unit yang lebih kecil di peringkat Cabang masing-masing. Ranting-ranting yang hendak ditubuhkan di dalam Cabang hendaklah disenaraikan dengan Ibu Pejabat sebagaimana yang tertakluk di bawah Fasal 39.1 (g) Perlembagaan Parti.

Maklumat lanjut berhubung peraturan dan peranan Ranting boleh dirujuk Peraturan Ranting menerusi pautan di bawah:

Peraturan Ranting

PROSES PENUBUHAN RANTING

Setiap anggota KEADILAN adalah digalakkan untuk menubuhkan Ranting di Cabang masing-masing dengan sebanyak mungkin bagi meraih sokongan rakyat terhadap KEADILAN. Satu-satu penubuhan Ranting hendaklah dikemukakan borang permohonan penubuhan Ranting kepada Setiausaha Cabang.

Borang boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah:

Borang Permohonan Ranting

Bagi memudahkan urusan penubuhan Ranting, Parti telah menyediakan garis panduan kepada pemohon dalam melengkapkan satu-satu permohonan. Tatacara penubuhan boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah:

Tatacara Penubuhan Ranting

crossmenuchevron-up