Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Saiz Teks
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kenyataan Media

Jawatankuasa Pemilihan Pusat on Party Elections 2010

Press Statement
8th September 2010

 

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) was set up by the Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) to oversee the party elections 2010 as a result of a change in its Constitution where members choose all levels of KEADILAN leadership through direct "one man one vote" election system.

This very fundamental reform within the party is unprecedented and challenging as all its members now have the opportunity and responsibility to exercise their individual rights to have their choice of leadership by voting in good and effective leaders.

One of the first major preparation especially for a relatively young political party is to put into position a Code of Conduct for the party, which also include the code of conduct specifically for the party elections – including the dos and don'ts. Rules to govern all election processes, including the nomination of candidates had been prepared and so have training of election observers. Information on the election is being made available at the KEADILAN official web-site.

Creating the right environment for this direct election is based on the following principles:
· free and fair election
· level playing field
· party interest before self
· no money politics
· transparent processes
· exercising responsibility and accountability by all members

The nomination process for Cabang leadership is underway while the "heat" is on for the nomination and election of the Party's National Leadership thus resulting in the JPP stepping in to reiterate the more obvious dos and don't.

1. Allegations of money politics and smearing campaigns must be reported to the JPP. The practice of money politics is a very serious offence and if proven may lead to suspension from participating in the election process.
2. Statements made by candidates to solicit support must not undermind party image or cause disservice to the party, upholding party interest before self.
3. Individuals or group supporters cannot hold their media conferences or meetings at the party headquarters for campaign purposes. It was unfortunate that the press conference held to announce some MPs support for Azmin Ali was done in the party HQ without the HQ management's knowledge.

All complaints should be directed to the JPP at KEADILAN HQ instead of airing them in the media, including personal blogs. It will not be in the interest of KEADILAN if dirty linen is washed in the public domain.

 

Dr Molly Cheah
Ketua, Jawatankuasa Pemilihan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Rayuan Kes Disiplin Kes Cinta Sabah

KENYATAAN MEDIA
7 September 2010

 

Pada 6 September 2010 Biro Politik Parti Keadilan Rakyat dalam mesyuaratnya telah meneliti setiap satu surat rayuan yang telah dihantar oleh 12 anggota yang terlibat dalam penubuhan Parti Cinta Sabah yang sebelumnya mereka telah disabitkan kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti dengan digantung keanggotaan parti selama setahun berakhir 3 Jan 2011.

Setelah meneliti kesemua pemohonan rayuan, Biro Politik berpendapat bahawa keterlibatan 12 anggota tersebut sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Parti Cinta Sabah (PCS) adalah tindakan yang serius. Serentak dengan itu Parti memandang berat perkara ini dan tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang didapati terlibat dalam aktiviti yang serupa.

Setelah dikaji semula hujah-hujah rayuaan yang diterima, kepimpinan parti mendapati setiap mereka mengakui terbabit dan dengan jelas melafazkan kekesalan atas kesilapan mereka dan memberi jaminan bersedia mendokong perjuangan parti seterusnya jika diberi pertimbangan oleh parti.

Begitupun kepimpinan parti berpendapat mereka yang merupakan pemegang jawatan utama dalam pendaftaran PCS, iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong , tidak boleh dilepaskan tanggungjawab dalam kesalahan ini.

Oleh yang demikian, Biro Politik dengan kuasa yang dimandat oleh Majlis Pimpinan Pusat berpendapat hukuman penggantungan keanggotaan ke atas 3 anggota tersebut dikekalkan. Mereka ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Shah & Moses Iking.

Untuk 9 anggota yang lain iaitu Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester Mujim, Innocent Makajil, Nasir Sami, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi dilepaskan daripada penggantungan setahun dengan amaran keras tidak mengulangi kesilapan sama. Mereka juga diingatkan untuk menunjukkan kelakuan baik pada sepanjang menjadi anggota parti. Parti tidak akan ada sekelumit keraguan untuk memecat sebarang individu sekiranya perkara ini berulang.

 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung

Dr Syed Husin mengenai Isu Perkasa - Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA
7 September 2010

 

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

 

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN

 
Muka 1 daripada 42