Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Parti Keadilan Rakyat lahir hasil gabungan dua buah parti politik di Malaysia, iaitu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Bendera Parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (sky blue) beserta lajur warna merah di kiri dan kanan. Di tengah-tengah segi empat terdapat bujur mendatar berwarna putih dan di tengah-tengah bujur itu terdapat satu bulatan penuh yang berwarna biru langit membentuk lambang mata yang terbuka.