
Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengutuk sekeras-kerasnyaย keganasan yang telah dilakukan oleh tentera Rejim Zionis Israel (IDF) ke atas para aktivitis bantuan kemanusiaan Gobal Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla, terutamanya perlakuan ganas dan jenayah mereka terhadap rakyat Malaysia.
Apa yang berlaku merupakan sikap keganasan lazim yang lama diamalkan oleh tentera Rejim Zionis Israel (IDF) seperti membunuh orang awam, pekerja kemanusiaan dan aktivis kedamaian merupakan perlakuan jenayah kemanusiaan dan genosid. IDF mestilah dilabel secara rasmi oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah pertubuhan pengganas.
Malaysia mesti menutup pintu sempadannya kepada penjenayah perang dan pelaku genosid yang terlibat dengan IDF dan rejim zionis dengan mewajibkan semua warga asing yang memasuki Malaysia mengisytihar status kewarganegaraan tersembunyi dan juga penglibatan mereka dalam IDF, seperti yang dilakukan oleh beberapa buah negara lain. I
ni adalah suatu tanggungjawab moral dan diiktiraf di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan menunjukkan komitmen Malaysia terhadap keadilan, kedamaian dan perlindungan ke atas rakyatnya.
Bagi kerajaan MADANI, tindakan yang tegas ini akan mempamerkan iltizam kepimpinannya yang beretika dalam menterjemahkan nilai-nilai ihsan, integriti dan kemanusiaannya sebagai polisi yang konkrit.
Kami menggesa Menteri Dalam Negeri agar segera melaksanakan tindakan ini sesegeraย mungkin sebagai tindak balas kepada keganasan Rejim Zionis ke atas rakyat Malaysia yang mereka telah culik secara tidak sah di perairan antarabangsa lewat misi Global Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla.
Malaysia berdasarkan prinsip moralnya, tidak boleh berkompromi dengan pelaku jenayahย genosid. Melalui tindakan ini Malaysia akan menghantar isyarat kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan melindungi pelaku jenayah perang dan akan terus berdiri bersama mereka yang berjuang menentang penindasan, serta mengangkat prinsip kemanusiaan di Palestin dan di serata dunia.
๐๐ถ๐ฟ๐ผ ๐๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ
๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ (๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ป)