
Pembentangan Belanjawan MADANI 2027 oleh Perdana Menteri Datoโ Seri Anwar Ibrahim hari ini memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI untuk meneruskan agenda reformasi ekonomi dan institusi, sekali gus memastikan kemakmuran negara diterjemahkan ke arah kesejahteraan rakyat.
Kekuatan keseluruhan RM510 bilion, Belanjawan ini bukan semata-mata himpunan angka dan peruntukan. Ini suatu pernyataan tanggungjawab untuk menangani permasalahan kos sara hidup, mengangkat martabat kaum pekerja, memperluas akses dan peluang pendidikan serta merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Peningkatan STR dan SARA kepada RM16 bilion, kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 serta peningkatan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 bagi setiap murid, dan elaun buat pelajar tingkatan enam memperlihatkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam meringankan beban keluarga.
Tidak terkecuali golongan pertengahan (M40) yang turut menerima manfaat melalui peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. Selain pengurangan kadar cukai pendapatan tertentu, sekali gus memberikan ruang pendapatan boleh guna yang lebih besar.
Sementara itu, ketetapan bahawa pembayaran semula pinjaman PTPTN hanya bermula apabila pendapatan peminjam mencapai RM2,500 sebulan, dengan bayaran minimum RM50 bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000, merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam perjuangan mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang lebih adil. Pendekatan ini mencerminkan kefahaman Kerajaan MADANI terhadap kekangan kewangan graduan baharu yang sedang membina kehidupan dan kerjaya. ย
Saya turut menyambut baik pengenalan Program Budi Belia yang menawarkan insentif e-dompet RM100 kepada anak muda yang melengkapkan jumlah jam kesukarelawanan bersama NGO terpilih. Inisiatif ini menghargai sumbangan belia, menggalakkan penglibatan dalam khidmat masyarakat serta menyemai nilai ihsan dan semangat membantu tanpa mengira kaum dan agama. Pembangunan anak muda perlu turut membina generasi yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Ketegasan Kerajaan MADANI dalam menangani persaingan tidak adil daripada e-dagang asing yang menjejaskan peniaga tempatan harus dipuji. Langkah memperkukuh penguatkuasaan serta cadangan pembentangan RUU E-Dagang membuktikan bahawa keterbukaan ekonomi tidak sewajarnya mengorbankan kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.
Gagasan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi membawa pengertian yang mendalam. Malaysia mesti berani mengejar kemajuan teknologi, pelaburan dan industri masa hadapan, tanpa sesekali mengabaikan denyut kehidupan rakyat terbanyak. Justeru, reformasi fiskal dan pembaharuan tatakelola mesti terus diperkukuh agar setiap hasil pertumbuhan dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama.
Akhirnya, kejayaan Belanjawan ini tidak harus diukur pada besarnya peruntukan semata-mata, tetapi pada sejauh mana ia memperbaiki kehidupan rakyat hari ini dan memperkukuh masa depan generasi penerus. Ini kerana reformasi bukan sekadar keberanian mengubah dasar, tetapi kesungguhan memastikan perubahan itu benar-benar dinikmati rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐