Ketidaktentuan politik dan kegagalan mengurus bencana menjadi punca utama para pelabur keluar dari Malaysia. Ini memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi Malaysia dan kita juga akan terjerumus sekali lagi dalam krisis ekonomi seperti tahun 1998.
Ditambah pula dengan YAB Perdana Menteri hilang sokongan dari UMNO. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional bersama UMNO dan beberapa parti lain telah gagal dalam mengurus krisis pandemik Covid-19 dengan baik dan berkesan. Dengan saiz kabinet yang besar termasuk 4 orang menteri kanan dan kini dilantik pula Timbalan Perdana Menteri yang baru tidak memberi sebarang jaminan kepada jalan keluar krisis ini malah hanya menambah perbelanjaan gaji dan elaun para menteri disaat rakyat kesusahan dan kelaparan sehingga terpaksa menaikkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan dan di tambah lagi angka kes bunuh diri sebanyak 468 kes dicatatkan dari Januari hingga Mei 2021.
Rakyat kini kembali memberi pengharapan kepada Pakatan Harapan setelah Tun Mahathir tidak lagi bersama PH. Mahathir cuba mengambil kesempatan diatas kekusutan yang melanda dengan pelan seakan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu Majlis Pemulihan Negara. Rakyat Malaysia masih segar dalam ingatan mereka iaitu pada 24 Februari 2020 Tun Mahathir telah meletakkan jawatan secara tiba-tiba tanpa berbincang dengan pimpinan PH ketika itu. Ini memberi gambaran jelas bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi berminat untuk mempimpin negara ini. Tun Mahathir telah meletakkan negara kepada krisis politk pada ketika itu dan selepas perletkan jawatan itu dia menggerakkan usaha untuk kembali mejadi Perdana Menteri. Terikin, semalam Mahathir telah menyebut dalam satu wawancara menyebut antara calon Perdana Menteri akan datang ialah Azmin Ali dan Mukhriz Mahathir. Ini mebuktikan dengan jelas dan terang bahawa Mahathir seorang tiada prinsip dan ingin meletakkan legasi beliau sebagai boneka sekiranya terjadi.
Sepertimana yang kita tahu Azmin mempunyai hubungan dengan Mahathir dan pastinya akan mengambil segala kesempatan atas apa yang diucapkan oleh Mahathir semalam. Azmin sekarang ini merupakan makhluk paling dibenci setakat ini kerana memandang enteng berkenaan penularan Covid-19 dan mula merebak dikalangan komuniti. Sebagai Menteri MITI beliau telah menggunakan kuasa untuk mengawal sektor kilang dan beberapa industri tidak perlu. Azmin pula pada masa yang smama mempunyai hubungan yang sangat baik bersama Hishamuddin Hussein yang dikatakan sedang merancang sesuatu untuk mengambil tampuk pimpinan negara ini. Sebagai Menteri Luar, beliau juga telah gagal menjawab isu pencerobohan pesawat dari Israel, pesawat tentera China dan Bot Pengawal Pantai China telah menceroboh batas sempadan negara. Sebaliknya Menteri Luar dari China pula digelar “Abang Besar”.
Dikala ketika ini semua tertumpu kepada sosok tubuh Anwar Ibrahim sebagai orang yang paling layak mengambil jawatan Perdana Menteri, kini muncul Yusoff Rawther yang saya percaya telah diupah oleh seseorang untuk menggagalkan usaha berkenaan. Yosof yang sebelum ini diwakili oleh peguam yang pro kepada Mahathir telah membuat ftnah terhadap Anwar dengan tuduhan serangan seksual terhadapnya. Mudah untuk memahami perjalanan fitnah ini melalui sejarah pada garis masa bermula dari tahun 1998. Kerana pengulangan fitnah yang seakan sama telah berjaya membawa Anwar ke penjara. Dan kini 2021, sejarah itu cuba diulang semula. Ini petanda yang cukup kuat bahawa ada pihak yang tidak senang dan menggelupur.
Berdassarkan sejarah yang tidak dapat dinafikan, ketika krisis ekonomi yang pernah melanda negara, Anwar Ibrahim berjaya membawa negara keluar dari kemelut tersebut sehingga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.
Tiada calon lain, hanya ANWAR IBRAHIM.
Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:
"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
AHLI PARLIMEN KAPAR
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN