Carian
August 18, 2022

PENDAKWAAN ANAK MUDA DAN DEMOSTRASI AMAN #TURUN

Angkatan Muda Harapan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan untuk mendakwa anak-anak muda kita termasuk Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Sdr. Hasbie Muda, Sdr Muhammad Aliff Naif (Pres IIUMSU), dan Sdr Lestari Yahya (Ketua AMK Batu) di mahkamah atas penglibatan mereka dalam demonstrasi Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan demonstrasi Aman Turunkan Harga Barang yang diadakan di Masjid Kampung Baru pada 1 Julai 2022 baru-baru ini.

Hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman adalah satu hak asasi yang dilindungi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan sepatutnya mendengar kebimbangan rakyat dan menerima tuntutan mereka, bukan mencari jalan untuk menghukum rakyat sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang diutarakan.

Kami melihatkan tindakan ini bukan sahaja sebagai satu dakwaan bermotifkan politik dan intimidasi untuk menyekat suara anak muda, tetapi lebih-lebih lagi satu pembaziran sumber mahkamah dan pihak berkuasa yang sepaturnya menyiasat dan mendakwa penjenayah-penjenayah serius di negara kita ini termasuk pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sehingga menjejaskan keselamatan negara kita.

Maka kami menyeru agar semua dakwaan ini digugurkan dan pihak berkuasa menumpukan segala tenaga dan sumber mereka untuk menangkap dan mendakwa semua watak-watak yang terlibat dalam skandal rasuah negara termasuk mepemimpin-pemimpin penting yang terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menjejaskan keselematan dan kedaulatan negara.

Tamat.
#TURUN
#TURUNHARGABARANG

KELVIN YII LEE WUEN
Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia

ADAM ADLI ABD HALIM
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

MOHD HASBIE MUDA
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

FELIX JOSEPH SAANG
Ketua Pergerakan Pemuda UPKO

Related Posts
crossmenuchevron-up