Merujuk isu pinjaman tanpa cagaran, 3 buah bank utama Malaysia kepada Genting Hong Kong.
Pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat Malaysia menuntut satu pendirian dan tindakan dari pihak kerajaan bagi menyelamatkan maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Tindakan melibatkan duit umat Islam khususnya melalui KWSP adalah tidak wajar. Untuk makluman, KWSP adalah salah satu pemegang saham terbesar di Maybank.
Keyakinan bahawa industri judi akan memberikan jaminan pulangan yang besar sehingga sanggup memberikan pinjaman tanpa cagaran merupakan suatu 'akidah'/keyakinan songsang yang bertentangan dengan semangat ayat 90 surah Al-Maidah.
Pihak BIPPA menyeru agar umat islam di Malaysia bangkit menyatakan bantahan bagi sikap sebegini yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran.
Para ulama dan ilmuan Islam mesti secara jelas memperlihatkan sikap yang tegas dan keberanian yang jelas agar kemungkaran sebegini tidak akan berulang dan berleluasa.
Hj Amidi bin Abdul Manan
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan
Parti Keadilan Rakyat Malaysia