Carian
March 13, 2021

ADUN Selangor Tetap Setia Dengan Perjuangan KEADILAN Dan PH

KEADILAN Negeri Selangor mengajak seluruh penyokong dan pendokong KEADILAN serta Pakatan Harapan agar terus beristiqamah dengan perjuangan untuk melaksanakan Perubahan.

KEADILAN dan Pakatan Harapan Negeri Selangor berazam kukuh dan bertekad untuk terus menterjemahkan Agenda Reformasi kepada dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan Negeri Selangor.

Manakala itu malam ini saya akan bertemu dengan kepimpinan KEADILAN Cabang Kuala Langat bagi memastikan keutuhan organisasi parti dan menyusun program di sana. Saya yakin Cabang Kuala Langat tetap bersemangat meneruskan perjuangan KEADILAN dan berkobar-kobar mempertahankan kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang.

Saya dan Ahli Dewan Negeri Pakatan Harapan sekalian memberi jaminan bahawa kami tetap setia dengan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Harapan yang mengutamakan kecemerlangan, kestabilan dan keutuhan Negeri Selangor Darul Ehsan.

AMIRUDIN SHARI
Pengerusi Pakatan Harapan dan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor

Related Posts
crossmenuchevron-up