October 2, 2025

TINDAKAN JENAYAH REJIM ZIONIS MENAHAN AKTIVIS MALAYSIA, HARUS DIBEBASKAN SEGERA

Pagi tadi, seramai 12 aktivis warga Malaysia yang menyertai usaha Global Sumud Flotilla yang melibatkan usaha gabungan 44 negara seluruh dunia merangkumi 500 aktivis, ditahan oleh rejim Zionis Israel.

Tindakan jenayah bersifat pengecut oleh rejim Zionis Israel harus dikecam kerana ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya menyokong penuh usaha YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, supaya warga Malaysia yang ditahan termasuk aktivis dan petugas dapat dibebaskan serta-merta secara selamat.

Tindakan rejim Zionis Israel pagi ini melampaui batas, kerana usaha Global Sumud Flotilla digerakkan dengan tujuan mulia, supaya memberikan bantuan makanan dan kesihatan kepada rakyat di Gaza yang sedang dikecam secara bertubi-tubi tanpa henti dan telah diketahui seluruh dunia sebagai mangsa genosid.

Ini adalah masa untuk semua negara di seluruh dunia untuk bersama, menolak sebarang usaha untuk bertolak ansur dengan tindakan jenayah yang berterusan ini, dan memulakan sekatan antarabangsa yang komprehensif terhadap negara pengganas itu.

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Related Posts
crossmenuchevron-up