AMK telah berjaya melancarkan jentera PRN Johor. Anak muda harus kedepan, berani dan kental dalam soal perjuangan Rakyat. Demi kepentingan Bangsa Johor, AMK Johor akan mengerakkan jentera di semua peringkat bagi membantu kempen PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi atau pada minggu kedua bulan Mac 2022.
KEADILAN khususnya AMK melihat bahawa PRN Johor ke15 ini adalah soal isu-isu kebajikan rakyat, ekonomi rakyat, kesengsaran rakyat, kos sara hidup, kemiskinan, harga
barang, peluang pekerjaan, masa depan anak muda dan kestabilan politik. Tetapi bagi pihak BN/ UMNO, PRN Johor diadakan demi selamatkan gologan kluster Mahkamah serta kepentingan parti politik mereka.
Kita perlu ingat bahawa BN/UMNO masih diketuai oleh seorang pemimpin yang ada sabitan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Sudah tentu semua watikah calon akan ditandatangani oleh beliau! Rakyat boleh menilai dari segi soal integeriti, prinsip dan maruah.
Suasana PRN Johor jauh berbeza dari keadaan semasa PRU14. Formula gabungan parti-parti politik juga akan berubah, cara kempen akan berubah dan lebih agresif, tawaran juga akan berbeza, kaedah mendekati pengundi/ masyarakat sudah tentu berlainan. Tambahan Pengundi pula sudah bertambah kerana pendaftaran pengundi secara otomatis dan dari umur 18 tahun keatas. Rakyat yang akan menentukan kerajaan yang mereka inginkan untuk mentadbir Negeri Johor melalui proses demokrasi.
Ayuh anak muda, keluar mengundi dan pilih la pemimpin yang sewajarnya atas faktor merit, latarbelakang, kewibawaan dan ciri-ciri ketokohan yang mampu membela nasib Rakyat Johor. Nilai prinsip, integeriti dan beretika menjadi kayu ukur juga.
Terima kasih kepada Presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah melancarkan Jentera AMK, serta YB Akmal Nasir selaku Ketua AMK Malaysia, Pengerusi MPN YB Syed Ibrahim dan pimpinan AMK pusat, Negeri dan anggota parti yang turut hadir bagi menjayakan pelancaran jentera.
Tuai padi antara masak,
Agar tidak layu-layuan;
Bohongi rakyat tidak nampak,
Di peti undi baru ketahuan
JOHOR BANGKIT
•Maju •Bermaruah
R. Yuneswaran
Ketua AMK Johor