Carian
August 3, 2022

AMK Perkukuh Keyakinan Anak Muda Menghadapi PRU Ke-15

1.Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) yang bermesyuarat pada malam semalam telah membincangkan beberapa isu terkait pemantapan struktur organisasi dan beberapa kebijakan yang mustahak untuk dilaksana bagi menghadapi PRU ke-15.

2.Mesyuarat MPAMK juga menyinggung beberapa isu mutakhir terkait kos sara hidup anak muda, kemaslahatan segenap segmen anak muda termasuk kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda, petani muda dan jaminan makanan, pendemokrasian pendidikan dan perumahan mampu milik serta mampan buat anak muda.

3.Bersangkutan dengan itu, Mesyuarat MPAMK mengambil maklum terkait satu penganjuran piket yang disebut sebagai ‘Food Delivery Blackout’ yang diadakan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 ini dan mengambil pendirian MENYOKONG penganjuran piket yang digerakkan oleh rider bagi penyedia perkhidmatan penghantaran makanan Grab Food dan Foodpanda secara kolektif dan organik ini. Mesyuarat MPAMK juga telah melantik beberapa ahli MPAMK yang akan bertanggungjawab melaksanakan tindakan susulan termasuklah inisiatif temu rapat dan sumbang saran dasar dan polisi radikal secara berterusan terhadap kebajikan pekerja ekonomi gig.

4.Bagi menyempurnakan struktur organisasi MPAMK, Sdr. Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia juga telah mengumumkan beberapa lagi pelantikan peranan seperti berikut :

Pengarah Komunikasi: Sdr. Muhammad Syaril Showkat Ali
Pengarah Strategi: Sdr. Bryan Ng Yih Min
Penolong Setiausaha:Sdr. Haziq Farhan
Timbalan Ketua Penerangan:Sdr. Nabil Halimi
Timbalan Pengarah Komunikasi:Sdr. Yugins Muthusamy
Timbalan Pengarah Strategi:Sdri. Jhen Pei Seah

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) Dilantik

1.Sdr. Mohd Nashriq Othaman (Lantikan)
2.Sdr. Afiq Ayob (Lantikan)
3.Sdri. Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri (Lantikan)
4.Sdr. Wan Muhamad Haikal (Lantikan)
5.Sdr. Ahmad Saifullah Razali (Lantikan)

Senarai peranan penuh bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK) Malaysia bagi sesi 2022/25 adalah seperti dalam lampiran.

5. Sebagai salah satu kebijakan menggerakkan jentera dan memperkemas persiapan Angkatan Muda Keadilan di peringkat negeri dan cabang dalam menghadapi PRU ke-15, satu Jelajah Angkatan Muda Keadilan akan diadakan yang bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Ogos 2022 dan diikuti dengan beberapa buah negeri lagi. Jelajah ini selain menjadi medan temu rapat antara pimpinan AMK Pusat dan anggota AMK di negeri dan cabang akan turut menjadi pelantar medan temu rapat golongan muda merentas segmen sebagai salah satu inisiatif untuk terus membina keyakinan anak muda dan pengundi atas pagar.

Sekian.

HAZIQ AZFAR ISHAK
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

MAJLIS PIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA SESI 2022/25

Ketua:Sdr. Adam Adli Abd Halim
Timbalan Ketua:Sdr. Muhammad Kamil Abdul Munim
Naib Ketua :Sdri. Atyrah Hanim Razali,Sdr. Prasanth Kumar Brakasam,Sdr. Pravin Murali, Sdri. Chermaine Thoo Suet Mei,Sdr. Wendy Agung Baruh
Setiausaha:Sdr. Omar Mokhtar A Manap
Setiausaha Pengelola:Sdr. Muhammad Arshad Hassni
Bendahari:Sdr. Hilmy Yakap
Ketua Penerangan:Sdr. Muhammad Haziq Azfar Ishak
Pengarah Komunikasi:Sdr. Muhammad Syaril Showkat Ali
Pengarah Strategi:Sdr. Bryan Ng Yih Min
Pengarah Pilihan Raya:Sdr. Muhammad Kamil Abdul Munim, Sdr. Prabakaran Parameswaran
Penolong Setiausaha:Sdr. Haziq Farhan
Timbalan Bendahari:Sdr. Gavin Way
Timbalan Ketua Penerangan:Sdr. Nabil Halimi
Timbalan Pengarah Komunikasi:Sdr. Yugins Muthusamy
Timbalan Pengarah Strategi:Sdri. Jhen Pei Seah

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (MPAMK)

1.Fify Nuriety Harfizy
2.Syamil Luthfi Samsul Bahrin
3.Farah Ariana Nurazam
4.Nanthakumar A/L Poapalan
5.Sathasivam A/L Manohar
6.Arham Rahimin Nasution
7.Muhammad Husaini Mohd Yunos
8.Ahmad Umar Khair Zainuddin
9.Muhd Sallehuddin Nazaruddin
10.Suria Vengatesh A/L Kerishnan
11.Ooi Mei Mei
12.Mohd Shauqi Md Sahimi
13.Nurrul Atika Azhar
14.Siti Nur Qamarina Mohd Ghani
15.Mohd Fakharuddin Muslim
16.Mohd Nashriq Othaman (Lantikan)
17.Afiq Ayob (Lantikan)
18.Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri (Lantikan)
19.Wan Muhamad Haikal (Lantikan)
20.Ahmad Saifullah Razali (Lantikan)

Related Posts
crossmenuchevron-up