Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan Ketua AMK Malaysia YB Akmal Nasir dan kepimpinan AMK Malaysia atas kepercayaan kepada saya untuk memimpin pasukan AMK Selangor.
Kini kehidupan masyarakat terutamanya golongan muda sangat terjejas akibat pendemik Covid19. Kerajaan Perikatan Nasional sehingga hari ini masih gagal memberi hala tuju yang jelas bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
Sebagai sebuah organisasi yang mewakili golongan muda, AMK akan terus ke hadapan bagi menyuarakan pandangan dan membela nasib anak muda. Parti Keadilan Rakyat merupakan parti yang diwarnai kepelbagaian. Aktivisnya terdiri daripada pelbagai kaum dan dapat bekerjasama dengan secara harmorni selama 21 tahun sejak parti ini tertubuh.
Justeru, AMK Selangor akan terus memperkasakan semangat ini agar hak dan permintaan anak muda daripada pelbagai lapisan dapat diketengahkan.
Chua Wei Kiat
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor