Carian
August 19, 2024

Gesaan Pengosongan 6 Kerusi Parlimen Pasca PRK Nenggiri Wan Fayhsal Dan Fadhli Shaari Jangan Buruk Muka Cermin Dibelah

Ketua Pemuda ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal dan Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari sekali lagi mengeluarkan cabaran supaya enam kerusi Parlimen yang menyokong Perdana Menteri dikosongkan pasca keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri dengan alasan apa yang mahu ditakutkan selepas kemenangan di DUN Neggiri.

Ini cubaan jahat memesongkan fakta buat kesekian kalinya kononnya Speaker Dewan Rakyat berupaya mengosongkan kerusi tersebut tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

Hakikatnya Speaker Dewan Rakyat tidak boleh mengosongkan kerusi bagi keenam-enam Ahli Parlimen tersebut adalah disebabkan kekangan perundangan yang dicipta oleh Bersatu dan Perikatan Nasional sendiri sewaktu undang-undang antilompat parti dibentangkan di Parlimen pada tahun 2022.

Lebih spesifik, kesan ketidaksetujuan BERSATU mengetatkan peruntukan antilompat parti sedia ada, Speaker hanya boleh mengosongkan kerusi bawah Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan jika Ahli Parlimen meninggalkan parti secara sukarela dan bukannya melanggar arahan parti secara sukarela.

Setelah mereka sendiri membuat onar dan merosakkan keberkesanan undang-undang antilompat parti sedia ada,  kini mereka terus menjaja cerita dongeng dan merosakkan minda orang awam kononnya enam kerusi Ahli Parlimen tidak dikosongkan kerana motif politik.

Jika benar keputusan Speaker salah, mereka dicabar untuk membuktikan asbab secara teknikal bahawa Speaker benar-benar terkhilaf dalam keputusannya itu.

Haziq Azfar

Pengarah Komunikasi AMK Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up