Carian
August 26, 2021

Kerajaan Harus Melaksanakan UNDI 18 Dengan Segera

Rang Undang-undang (RUU) UNDI18 telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga pada tahun 2019. Walaupun 2 tahun sudah berlalu namun UNDI18 masih belum dilaksanakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah memberi garis masa untuk merealisasi UNDI18 pada 1 Julai 2021, dengan menetapkan tempoh selama dua tahun untuk menyediakan infrastrukturnya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kini, kita telahpun berada di bulan Ogos 2021, namun tiada pelaksanaan sehingga hari ini. Adakah Kerajaan Dato Seri Ismail Sabri akan melaksanakannya?

Kerajaan PN telah gagal untuk melaksanakan UNDI18 dalam tempoh 17 bulan pemerintahan. Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin juga menggunakan UNDI18 sebagai tawaran politik dalam pengumuman yang beliau buat pada 13 Ogos 2021. Adakah UNDI18 menjadi bahan politik? Hak mengundi adalah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 119 di mana perkara ini tidak boleh dipolitikkan sama sekali.

Semalam 25 Ogos 2021, Perdana Menteri mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin Pakatan Harapan demi kepentingan Rakyat dan Negara. Perjumpaan antara Perdana Menteri dan Pemimpin PH semalam itu menunjukan satu pendekataan yang progresif untuk membincang usaha-usaha untuk menyelesaikan krisis Pandemik dan Ekonomi.

Kerajaan juga harus mengkaji sistem undi secara dalam talian (e-voting) untuk mengalakkan lebih ramai pengundi menyertai dalam proses memilih pemimpin melalui Pilihan Raya. Kita seharusnya mengadaptasi sistem e-voting dalam norma baru. Hampir 30 negara telah mengamalkan sistem ini dengan berjaya.

Perdana Menteri perlu lebih terbuka dalam pelaksanaan UNDI18, tidak lagi memberi alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dan menunjukkan keikhlasan pentadbiran beliau terhadap suara anak muda dalam sistem demokrasi.

R. Yuneswaran
Ketua AMK Johor

Related Posts
crossmenuchevron-up