Menyaksikan kumulatif harian kes Covid-19 melebihi angka 6000 dan Selangor mencatat lebih 2000 kes selama dua hari berturut-turut tentunya mendatangkan panik kepada warga Selangor.
Selangor yang rencam dalam sosio ekonominya dan menerima pemastautin penduduk dari pelbagai negeri dan negara dilihat sebagainya faktor utama kepada peningkatan kes harian covid-19 di negeri ini terutamanya dalam sektor perkilangan. Melalui dapatan dan penelitian kluster yang ada, lebih 60% merupakan kluster tempat kerja.
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berubah-ubah mengelirukan rakyat dan mempunyai kelompongan juga dilihat menjadi faktor penularan penyakit ini.
Rata-rata warga maya menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal menutup operasi kilang ini dan harus difahamkan oleh semua bahawa sebarang tindakan dan usaha mencegah Covid-19 adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggunakan peruntukan undang-undang AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (Akta 342)
Kerajaan Negeri Selangor termasuk negeri dalam Malaysia wajib melaksanakan sebarang arahan dari MKN.
Warga Selangor dilihat sudah bersedia secara mental dan fizikal dengan apa jua tindakan atau usaha yang bakal dimaklumkan oleh MKN demi mengekang penularan wabak ini yang kini menjadi sporadik.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh jika ingin diperkenalkan semula seperti tahun lalu mestilah hadir dengan pakej kemanusiaan tanpa birokrasi yang merumitkan.
Rakyat tiada pilihan lain selain hanya mematuhi arahan dari Kerajaan Malaysia walaupun pentadbirannya dilihat gagal dan ada tindakan penguatkuasaan bersifat selektif kepada golongan tertentu. Tanggungjawab memerangi Covid-19 adalhah tanggungjawab bersama, namun Kerajaan Malaysia harus lebih bertanggungjawab untuk bertidak lebih jujur dan ikhlas.
Mohd Khairool Bin Ngadon
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor.