Kenyataan Bersama Berkenaan Dakwaan Tun Dr Mahathir Berkait Isu Pulau Batu Puteh
Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya...
Ketahui Lebih Lanjut
Saya menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terkait usaha untuk membawa pulang setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saya menggesa agar SPRM mengambil tindakan pantas mengenai isu ini kerana ia melibatkan sikap kita terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam oleh penguasa perasuah.
SPRM juga perlu terus membongkar dan bertindak ke atas petualang perompak dana rakyat tatkala pandemik menyerang sejak 2 tahun lalu.
Sikap tegas kita terhadap rasuah dan salahguna kuasa adalah cerminan integriti masyarakat yang tinggi dan tidak harus ada kompromi sama sekali dalam hal melibatkan integriti.
ANWAR IBRAHIM