Carian
December 8, 2021

Anwar Menyokong Program Dos Penggalak SelVax Kerajaan Selangor

Saya dukung usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor terkait dalam meningkatkan tahap imunisasi rakyat melalui Program Dos Penggalak SelVax di mana kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 157,000 dos penggalak percuma kepada rakyat.

Meningkatkan tahap imunisasi rakyat adalah keutamaan kita tatkala usaha membendung wabak ini mesti terus dipergiat ke arah melonjakkan negara ke arah pemulihan.

Saya menggesa rakyat Selangor berusia 18 tahun dan ke atas untuk mendapatkannya di Klinik Selcare berdekatan.

Saya turut berharap kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan wakil-wakil kita di peringkat Persekutuan untuk mencontohi langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil langkah sepadu dalam melawan dampak wabak COVID-19.

Maklumat lanjut boleh dicapai di pautan ini: https://vax.selangkah.my/ atau melalui aplikasi Selangkah.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up