Carian
January 28, 2022

Anwar Minta Kerajaan Ambil Serius Isu Jemaah Haji, Umrah

Pagi tadi saya menerima kunjungan daripada delegasi Gabungan Pengendali Umrah & yang mengadu tentang masalah yang dihadapi pihak mereka dalam urusan haji dan umrah.

Pelbagai isu yang dibangkitkan di dalam pertemuan tersebut adalah berpunca dari masalah dasar dan perencanaan kerajaan.

Ketiadaan libaturus dan penyelarasan yang serius antara Kementerian Pelancongan dan pemain-pemain lapangan seperti agensi-agensi pelancongan yang menguruskan urusan haji dan umrah sangat mengecewakan tatkala beban yang ditanggung mereka memberi kesan yang sangat besar.

Ini membuktikan ia adalah masalah ‘decision making’ yang sangat lemah di pihak kementerian-kementerian terlibat yang tidak membuat keputusan yang jitu dan tuntas.
Sebagai contoh, pengumuman yang dibuat semalam berkenaan kebenaran untuk penerbangan semula jemaah umrah ke Arab Saudi pada 8 Februari akan datang kini perlu dimuktamadkan semula.

Mereka telah bertemu dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Menteri Kesihatan baru-baru ini. Namun, belum ada langkah segera telah diambil setakat ini.

Saya mendesak pihak kerajaan mengambil pendekatan yang serius bagi menangani isu ini demi kepentingan dan kebaikan semua.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up