Saya menerima rungutan dan aduan para pengunjung mengenai situasi yang dihadapi mereka dan para pengusaha khemah di pantai Port Dickson.
Perkara ini saya percaya dapat diselesaikan dengan baik dan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.
Oleh itu, saya nasihatkan pengusaha khemah untuk menyimpan dahulu khemah dan hanya memasangnya jika ada permintaan daripada pengunjung yang berminat dengan perkhidmatan ditawarkan.
Para pengunjung dan pengusaha khemah juga harus memastikan pantai sentiasa bersih serta terapkan inisiatif pembersihan pantai seperti yang digerakkan pelbagai pihak termasuk Kedutaan Thailand ke Malaysia dan Veritas Eco-Warriors.
Saya meminta Majlis Perbandaran Port Dickson untuk membuat pemantauan dari masa ke semasa dan adakan operasi jika perlu bagi memastikan pantai dalam keadaan baik dan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa diamalkan.
ANWAR IBRAHIM