Carian
August 20, 2022

HENTIKAN SERANGAN KE ATAS INSTITUSI KEHAKIMAN

Majlis Presiden Pakatan Harapan sangat terkejut dan amat dukacita dengan siri kenyataan pimpinan tertinggi UMNO yang dilihat menyerang institusi kehakiman.

Serangan-serangan ini semakin menjadi-jadi terutama apabila proses perbicaraan rayuan Najib Razak dalam kes SRC International hampir ke penghujungnya. Malah serangan-serangan ini khususnya dari kalangan penyokong UMNO dan ‘cybertroopers’ semakin bersifat ugutan termasuk ugutan bunuh terhadap Ketua Hakim Negara.

Ugutan mencedera atau membunuh ini adalah kesalahan-kesalahan jenayah di sisi undang-undang termasuk di bawah Kanun Keseksaan. Oleh itu, Pakatan Harapan menyokong kenyataan Ketua Polis Negara bahawa mereka yang mengugut untuk mencedera atau membunuh Ketua Hakim Negara akan disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa kebebasan institusi kehakiman mesti dipertahan sepanjang masa, dan institusi tersebut wajib kekal konsisten sebagai salah satu tunggak utama dan tiang seri negara.

Kami turut memberi peringatan tegas bahawa pimpinan parti-parti politik terutama UMNO perlu menghentikan serangan-serangan ke atas institusi kehakiman dan membenarkan proses perbicaraan berjalan hingga ke penghujungnya.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Anthony Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Wilfred Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Posts
crossmenuchevron-up