Carian
April 3, 2021

Hishammuddin Mengina Malaysia

China adalah negara sahabat dan kita seharusnya menumpukan segala usaha dan keringat untuk meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengan negara tersebut.

Namun, apa yang menghairankan adalah tindakan Menteri Luar Hishammuddin Hussien sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi yang menyifatkan Republik itu sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia.

Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing.

Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.

Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up