Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti perkembangan isu beberapa wakil parti Bharatiya Janata Party (BJP) di India minggu lalu yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung Nabi Muhammad SAW yang telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Kami menyeru agar Kerajaan India yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi menjaga keharmonian serta kesederhanaan kehidupan beragama di India.
Kami turut menyeru agar tindakan-tindakan kezaliman dan penghinaan terhadap mana-mana penganut agama di India termasuk Kristian, Budha, Muslim serta kasta seperti Dalit dihentikan.
Pakatan Harapan juga akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia untuk memberi penegasan terhadap isu ini.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)