
Kerajaan Harus Batalkan Lesen Syarikat Bas yang Cuai dan Perkasa Pilihan Pengangkutan Malam yang Selamat
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kemalangan t...
Ketahui Lebih Lanjut
Petang tadi dalam ucapan sewaktu program di Gombak, saya turut bangkitkan soal Undi18 yang menjadi tumpuan ketika ini.
Saya sentuh soal ini kerana ia telah pun dilulus dan dipersetujui oleh semua Ahli Parlimen pada tahun 2019 sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Namun pemerintah sekarang yang sebahagiannya dari pentadbiran lalu hari ini bertindak mengkhianati dan memungkiri janji tersebut.
Harus diingat peranan anak muda pada ketika ini adalah penting dan berkebolehan dalam menentukan masa depan negara.
Saya mengulangi pendirian untuk terus mendesak kerajaan dan SPR untuk segerakan proses ini.
KEADILAN juga akan menjelajah ke seluruh negara untuk memastikan suara dan aspirasi anak muda ini didengar dan diangkat.