Kenyataan Bersama Berkenaan Dakwaan Tun Dr Mahathir Berkait Isu Pulau Batu Puteh
Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya...
Ketahui Lebih Lanjut
Saya mengadakan rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Terengganu petang ini bagi memuktamadkan urusan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Saya telah mengemukakan nama saudara Nik Nazmi Nik Ahmad dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju melantik beliau sebagai Pengerusi MPN bagi penggal 2022-2025.
Semoga saudara Nik Nazmi dapat merangkul segala kekuatan bersama pimpinan negeri bagi menggerakkan pasukan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
ANWAR IBRAHIM