
Mesyuarat Pertama Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Sesi 2025/2028
Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025/2028 telah diadakan buat julung ka...
Ketahui Lebih Lanjut
Hari ini YB Menteri Kesihatan telah membentang Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi bacaan pertama.
Dewan Rakyat difahamkan RUU ini bakal dibahas pada hari Khamis ini, iaitu hari terakhir sidang Parlimen bagi tahun ini.
Setelah memperinci keseluruhan RUU ini, mendengar pandangan Ahli-Ahli Parlimen dan respon rakyat yang sangat gusar dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan yang mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan โAntara Dua Darjatโ, saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang.
Saya telah menyatakan pendirian ini kepada YAB Perdana Menteri.
ANWAR IBRAHIM