
Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim, Bukti Aspirasi Politik Perubahan Rakyat
Pasca PRU-15, rakyat Malaysia beruntung mendapat seorang sosok Perdana Menteri yang sepanjang ...
Ketahui Lebih Lanjut
Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO),Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.
Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan.