
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟭𝟳,𝟱𝟬𝟬 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗿
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
Satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu.
Dalam mesyuarat tersebut kesemua Ketua Cabang di Selangor telah bersetuju dengan pelantikan saudara Amirudin Shari sebagai Pengerusi MPN Selangor.
Sementara itu semua Ketua Cabang Wilayah Persekutuan pula telah bersetuju dengan pelantikan saudara Rafizi Ramli sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.
Saya percaya pelantikan-pelantikan ini akan dapat membantu KEADILAN mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
ANWAR IBRAHIM