Kenyataan Media Setiausaha Agung KEADILAN
KEADILAN memandang serius dakwaan yang tular kebelakangan ini yang cuba mengaitkan kepimpinan ...
Ketahui Lebih Lanjut

Saya meneliti laporan akhbar terkait kewujudan orang tengah yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara sehingga menjadi punca harga dan bekalan ikan dan produk akuakultur di negara ini tidak stabil.
Isu ini ternyata amat mendukacitakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada golongan nelayan dan keluarga mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Kerajaan menerusi Kementerian terlibat perlu menyatakan pendirian terkait perkara ini sekali gus mencari jalan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dan menawarkan jalan penyelesaian.
Usah biarkan sindiket orang tengah mendominasi bekalan sektor perikanan dan terus menekan golongan nelayan di negara ini.
ANWAR IBRAHIM