Carian
August 30, 2022

PN Melamar PH Selamat Negara? Muhyiddin Patut Dinobat Pelakon Terbaik Malaysia.

Selepas pengerusi PN Muhyiddin Yassin melamar PH bekerjasama untuk menyelamatkan negara, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Chua Wei Kiat menobat bekas Perdana Menteri itu sebagai Pelakon Terbaik Malaysia.

Chua kata lakonon Muhyiddin memang terbaik sehingga lupa dirinya yang bersekongkol dengan UMNO yang kini dilabel sebagai parti korupsi di waktu Langkah Sheraton.

"Seluruh Negara tahu BN/ UMNO adalah parti korupsi, sekarang PN berlakon ambil berat tentang nasib rakyat, melamar PH lawan BN bersama PN."

"PN atau Muhyiddin adalah antara pihak yang paling tidak layak cakap isu menyelamat negara, sebab PN yang menolong BN rampas kuasa melalui pintu belakang."

"Muhyiddin cuba memberi persepsi apa yang berlaku sekarang tiada kaitan dengan PN, tahap persembahan ini harus dinobat pelakon terbaik Malaysia."

Chua Wei Kiat yang juga ADUN Rawang berkata, rakyat tidak akan melupakan "jasa" Muhyiddin di waktu Langkah Sheraton, guna pandemik Covid sebagai alasan halang parlimen berfungsi, serta ajak parti pembangkang bekerjasama di saat akhir sebelum kerajaan PN ditumbangkan oleh BN.

"Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli telah umum Majlis Presiden PH sudah menolak bekerjasama dengan PN, sebab rakyat nak parti politik yang boleh membawa kestabilan dan bukan semata-mata bekerjasama untuk rampas kuasa."

"Dari Langkah Sheraton hingga hari ini, rakyat juga nampak PN adalah punca utama ketidakstabilan politik Malaysia."

Chua sindir kalau PN ikhlas nak selamatkan negara, PN harus dibubarkan.

"Umum tahu PN adalah gabungan oportunis, mereka tiada pegangan nilai moral, tiada idea politik yang jelas, apa yang ada hanya jaga kepentingan diri."

Related Posts
crossmenuchevron-up