Carian
July 12, 2021

Bendera Putih dan Kegagalan Kerajaan: Wanita Keadilan Siap Siaga Membantu

Negara merekodkan purata 2 kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021. Bagi tempoh lima bulan pertama dari Januari hingga Mei 2021, sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan. Data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendedahkan 91.2 peratus daripada 100,000 panggilan yang diterima oleh talian bantuan sokongan dan psikososial, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

Kes keganasan rumahtangga juga dilaporkan mencecah 23% berbanding tahun lalu. Terkini Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan juga tidak menampakkan hasil.
Bloomberg dalam artikel terbarunya yang bertajuk “Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood” mengisahkan bagaimana rakyat Malaysia disaat pandemik menaikkan bendera putih demi sesuap makanan atau memerlukan pertolongan dalam bentuk kewangan untuk membayar sewa rumah.

Cetusan idea bendera putih telah mendapat sambutan orang ramai termasuklah disokong oleh sebahagian ahli politik. Pada masa yang sama, inisitatif ini juga dipandang enteng oleh segelintir wakil rakyat yang melihat ia sebagai satu simbol menyerah kalah dan bukanlah suatu budaya yang diterima oleh sesetengah masyarakat.

Tidak kurang juga pengibar bendera putih yang diganggu oleh pihak penguatkuasa dan diugut untuk tidak diberikan bantun oleh kerajaan, MP, Adun atau agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Inisiatif bendera putih kini telah diluaskan kepada aplikasi mudahalih yang dinamakan Sambal SOS. Aplikasi tersebut menolong golongan yang memerlukan dengan menyediakan lokasi ‘foodbank’ dan juga lokasi dimana bendera putih dikibarkan bagi memudahkan proses menjejaki mereka untuk menghantar bantuan yang diperlukan.

Perlu diingat, bendera putih bukanlah menandakan rakyat sudah mengalah, namun merupakan tekad mereka untuk meneruskan kehidupan seharian. Walau ia jelas merupakan
indikasi yang nyata bahawa kerajaan telah gagal dalam menguruskan krisis yang menyebabkan ribuan rakyat maut, ratusan ribu kehilangan pekerjaan, pendapatan dan
prospek masa depan mereka.

Saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak malu untuk tampil menaikkan bendera putih mahupun meminta bantuan yang diperlukan. Kita sebagai rakyat Malaysia adalah merupakan sebuah keluarga besar yang harus saling membantu dalam menghadapi kemelut yang masih belum berkesudahan ini.

Saya juga ingin menegaskan pendirian Keadilan yang menyokong penuh inisiatif ini. Ahli politik seharusnya tidak meletakkan optik melebihi kehidupan rakyat. Oleh itu saya menyeru dan merayu kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi MP, Adun dan Penyelaras Pusat Khidmat bagi kawasan masing-masing untuk meminta bantuan yang diperlukan.

Saya sertakan senarai nombor telefon bagi kesemua 222 pusat khidmat ahli parlimen di seluruh negera.

Nombor Telefon 222 Pusat Khidmat Ahli Parlimen

Jika sesiapa yang tidak berjaya mendapat bantuan dari pusat khidmat, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Wanita Keadilan sedia membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Anda dialu-alukan untuk hubungi saya di talian 016-
2259550. Meskipun kami tidak mampu membantu semua yang memerlukan, kami akan pastikan anda mendapat bantuan daripada jaringan Pusat Khidmat dan badan-badan bukan kerajaan yang lain.

Sivamalar Genapathy
Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Wanita Keadilan.

Related Posts
crossmenuchevron-up