Carian
July 24, 2021

KEADILAN Labuan Bantah Pelabuhan Labuan Dibuka Semula Kepada Kapal Asing

KEADILAN Labuan bertegas membantah keputusan Pelabuhan Labuan yang akan dibuka semula kepada kapal asing seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk P. Kamalanathan.

Labuan masih lagi didalam peringkat pemulihan setelah bertungkus lumus melawan Covid-19 Varian Delta yang telah mengganas sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak kes kematian. Situasi tersebut dapat dijadikan iktibar untuk dipelajari bagi mengelak keadaan seperti itu berulang.

Pelabuhan Labuan seharusnya sedar bahawa Labuan merupakan pulau yang kecil dan mempunyai kadar peratusan jangkitan yang tinggi sekiranya gagal membendung penularan wabak tersebut.

Petugas barisan hadapan Labuan telah berkorban dan berjuang habis-habisan memerangi pandemik ini, jika pihak Pelabuhan Labuan masih bertegas untuk mengambil langkah ini maka segala perjuangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan di Labuan akan menjadi sia-sia.

KEADILAN Labuan sekali lagi menggesa Datuk P. Kamalanathan selaku Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan untuk menarik kembali keputusan tersebut kerana ianya berkemungkinan besar akan menjadi punca penularan wabak Covid-19 dengan varian yang baharu. Nyawa penduduk di Labuan bukan untuk digadai demi kepentingan pihak tertentu.

Simsudin Bin Sidek
Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat Labuan

Related Posts
crossmenuchevron-up