Carian
July 15, 2021

Nazri Aziz Perlu Tunjuk Sikap Yang Lebih Wajar Di Saat Rakyat Sedang Menderita

Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan hampa melihat gelagat wakil rakyat yang tidak sensitif dengan keadaan semasa tatkala rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis untuk melawan pandemik dengan pelbagai masalah berkaitan bantuan asas, pengangguran, kos sara hidup, capaian internet untuk pembelajaran atas talian, masalah kekurangan peranti dan sebagainya, wakil rakyat ini telah memilih untuk meninggalkan rakyat yang sedang menderita terutamanya di kawasan Padang Rengas.

Ketika mana kes jangkitan harian dan kematian covid 19 terus mencatatkan angka yang tinggi, adalah wajar bagi seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk menunjukkan sikap yang lebih merendah diri dengan menangguhkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai 'non-essential' dan menumpukan perhatian terhadap kelompok masyarakat yang terkesan dan tidak bernasib baik pada waktu ini terutama di kawasan yang diwakili beliau.

Keadaan sekarang menuntut pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk turun ke lapangan dan melihat sendiri permasalahan dan derita yang dialami oleh rakyat sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.

Negara kini berhadapan dengan krisis kepimpinan yang parah dan usah pula kita menunjukkan sikap yang sombong dan angkuh.

Muhammad Kamil Abdul Munim
Naib Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat Padang Rengas

Related Posts
crossmenuchevron-up