Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan menyokong keputusan Kerajaan Pusat untuk melancarkan dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19 kepada yang layak, terutama bagi mereka yang berdaya ketahanan berkompromi, warga emas berkomobiiditi, petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan berisiko tinggi.
Ini adalah kerana terdapat kes-kes baru akibat dari pengurangan netralisasi antibodi berperingkat, individu-individu yang ‘immunosuppressed’ yang tidak memberi respon imun terhadap dua dos vaksin, dan juga para petugas dalam situasi yang mendedahkan mereka kepada virus yang berlebihan yang membebankan kadar imuniti mereka.
Dari 28hb September hingga 11hb Oktober, terdapat lebih kurang 55.6 % atau 76,186 daripada 137,109 kes-kes Covid-19 yang baru dilaporkan di Malaysia adalah dari kalangan yang lengkap vaksin. Kadar kes-kes Covid-19 yang lengkap vaksin bertambah dari 51% pada 28hb September kepada 60% pada 11hb Oktober. Pada jangka masa yang sama, 77% daripada 23,864 kes Covid-19 di Sarawak adalah dari kalangan yang lengkap vaksin. Lebih daripada 50% kes-kes baru ini dilaporkan di Labuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perlis dan Pulau Pinang.
Kebanyakan daripada infeksi-infeksi baru ini adalah dari kalangan warga mas yang berumur 60 tahun keatas dengan kadar imunisasi yang berkurangan, ‘immunosuppression’, dan gejala kesihatan yang sedia ada.
Atas fakta-fakta ini, Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran terutamanya apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak ini.
Oleh itu program pelancaran haruslah dipelan dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik dikalangan semua yang terlibat termasuk Pengamal Am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan wargamas.
Namun begitu, kita harus berhati-hati dengan kenyataan rasmi Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan bahawa belum terdapat penglibatan yang betul dari jabatan kesihatan negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan Pengamal Am swasta pada minit-minit terakhir.
Oleh itu kita menyeru pihak Kementerian Kesihatan supaya memperjelaskan strategi mereka. Ini termasuk:
a. Jangka Masa yang jelas implementasi ke seluruh negara;
b. Definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak;
c. Strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan kepada semua yang layak dan memastikan tiada yang ketinggalan dalam program pelancaran ini;
d. Melibatkan Pengamal Am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas untuk memastikan program pelan dos ketiga dan vaksin penggalak ini adalah pantas dan efisien, &
e. Meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin, berdasarkan kepada data global yang nyata.
Kami berpendirian bahawa Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) harus meluluskan segera suntikan vaksin heterologi dengan dos penggalak.
Usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian yang dijalankan di Germany, Spain, Taiwan, Sweden dan United Kingdom dalam “Kesan dari Imunisasi Heterologi dengan Penggalak Utama Vaksin Covid-19 terhadap SARS-Cov-2”. Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respon-respon ‘Th1-biased T cell’.
Dengan itu, kami mengulang semula seruan supaya diadakan strategi yang jelas dan komprehensif berdasarkan pada sains dan data untuk memberi perlindungan dan mendorong respon imunitas yang lebih besar untuk melindungi golongan berisiko tinggi terutamanya dalam keadaan antibodi imun mereka makin berkurangan.
“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”
Anggota Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan :-
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor, AMANAH)
b) YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng, KEADILAN)
c)YB Dr Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi, DAP)
d)YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Lumut, AMANAH)
e)YB Dr Kelvin Yil (Ahli Parlimen Bandar Kuching, DAP)
f)YB Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru, KEADILAN)
g)YB Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang, DAP)
h)YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor)
i)YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
j)YB Veerapan Supramaniam (Exco Kerajaan Negeri Sembilan)
k)Ybhg Dr Hafidzah Mustakim (AWAN, AMANAH)
l)Ybhg Dr Zaliha Mustafa (MPP, KEADILAN)