Carian
July 30, 2021

Intimidasi Terhadap Aktivis Adalah Kendala Demokrasi

Selepas Heidi Quah, semalam seorang lagi aktivis, Sarah Irdina ditahan dengan pelbagai isu yg menjadi persoalan asas hak asasi.

Bagi Komuniti aktivis Yang mengenali komitmen Dan mutu kerja Heidi Quah, apa yg berlaku adalah sesuatu yg melampau Di saat seluruh aktivis kemanusiaan sedang bekerja keras untuk menyegerakan bantuan kepada semua segmen masyarakat.

Manakala apa yg berlaku kepada Sarah, seluruh aktivis politik Dan hak asasi mempersoalkan tindakan penahanan beliau yg jelas bermotifkan politik. Ia tidak sejajar dengan semangat kebebasan bersuara Dan hak mengutarakan pandangan ketika kerajaan benar-benar gagal mengurus isu kenegaraan yg cukup kritikal ketika ini.

Saya juga merakamkan rasa kesal dengan sesi soal siasat ke atas para doktor di MAEPS yg terkait dengan protes Hartal Doktor Kontrak sedangkan sudah ada jaminan oleh pihak Kerajaan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada mereka.

Keabsahan sebuah negara yg mengamalkan demokrasi hanya terbukti dengan keupayaan semua institusinya menterjemahkan kebesaran jiwa dan mempraktikkan keluhuran demokrasi dalam mengurus khilaf pandangan. Ia bermula dengan mengangkat human dignity/ karamah insaniyyah dalam persoalan nilai dan hukum.

Intimidasi yg bermotifkan politik, penindasan suara dan perlecehan pandangan harus ditolak secara total demi ekosistem demokrasi yg lebih baik.

Selamatkan Malaysia!

Fadhlina Sidek

Related Posts
crossmenuchevron-up