Carian
April 24, 2021

Rina, Di Mana RUU Akta Gangguan Seksual?

Kenyataan YB Datuk Seri Rina Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) bahawa beliau memandang serius isu “period shaming” adalah sukar diterima kerana pelajar perempuan yang terdedah kepada gangguan seksual kini tidak dapat dilindungi di bawah mana – mana akta akibat kelewatan pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual.

Rina dan Kerajaan Tan Sri Muhyiddin perlu bertanggungjawab penuh dalam hal ini kerana RUU Akta Gangguan Seksual tidak dibentangkan di Parlimen. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Tan Sri Muhyiddin enggan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang walaupun Tuanku telah menyampaikan titah nasihat bahawa Parlimen boleh bersidang Ketika Darurat berkuatkuasa, dan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin Covid-19.

Dalam hal ini, kami juga ingin menegaskan bahawa gangguan seksual adalah perbuatan jenayah walaupun sesama jantina. Akta ini memberi impak yang besar dan sasaran perlindungan juga inklusif merangkumi semua peringkat masyarakat.

Sebelum ini, pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual telah dijadikan agenda utama dalam unjuran keutamaan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah yang merupakan Menteri KPWKM dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Maka, kerajaan pintu belakang Muhyiddin adalah #kerajaangagal apabila telah mendedahkan rakyat kepada risiko gangguan seksual pelbagai bentuk hanya kerana mahu mempertahankan kuasa. Jika Menteri – Menteri frontliner yang sepatutnya melindungi rakyat tidak faham tanggungjawab mereka, silalah mohon maaf kepada rakyat dan berundur dengan bermaruah!

Fadhlina Siddiq
Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up