Carian
July 5, 2022

KEKUATAN SAYAP, KEKUATAN PARTI, KEKUATAN NEGARA.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Sekalung penghargaan kepada semua yang memberikan dokongan,doa dan motivasi yang membantu dalam proses Pemilihan KEADILAN 2022.

Buat semua anggota yang menterjemahkan sokongan dalam bentuk undi, serta meminjamkan pundak dalam mengangkat agenda kepedulian sayap dan partisipasi merentas sempadan umur, kaum, dan agama. Andalah pemenang utama dalam pemilihan kali ini.

Pesta demokrasi parti ini tidak akan meriah tanpa pertembungan idea dan tawaran polisi. Justeru, saya juga berbesar hati dapat berpencak dengan nama besar yang banyak menyumbang kepada sayap, parti dan negara.

Jazakillah setulusnya buat YB Rodziah Ismail yang telah menjadi kekanda yang banyak mengajar saya dalam mempertahankan sayap wanita Parti KEADILAN Rakyat yang kami sama-sama cintai ini.

Dalam membentuk derap langkah seterusnya, saya komited dalam memastikan mantra rangkulan reformasi dan Wanita Nadi KEADILAN ini dijayakan. Menang mungkin baru hari ini, tapi kerja sudah mula jauh lebih lama.

Masanya telah tiba untuk kita memperkukuh saf dan barisan hadapan parti untuk merempuh dan meraih kemenangan sempena PRU ke 15 yang akan datang.

Salam Reformasi,
Salam KEADILAN,
Salam Malaysia.

Fadhlina Sidek

KETUA WANITA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up