Carian
May 26, 2024

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat pada hari ini, di mana telah dibincangkan isu kemanusiaan dan peperangan di Gaza, serta ketegasan pendirian YAB Perdana Menteri dan parti untuk usaha perdamaian, yang kini diberi perhatian penuh oleh masyarakat antarabangsa.

YAB Presiden turut memberi penerangan mengenai isu-isu semasa termasuk berhubung Perutusan Negara serta dasar-dasar Kerajaan, selain menyeru agar anggota serta penyokong KEADILAN menggembleng tenaga dan idea untuk terus memacu agenda Kerajaan Madani.

MPP juga telah membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap tidak lama lagi.

Berhubung Pimpinan Negeri, MPP telah memutuskan penyusunan semula seperti berikut:

Sarawak
Pengerusi: Roland Engan (Ketua Cabang Baram)
Timbalan Pengerusi: Ahmad Nazib Bin Johari (Ketua Cabang Santubong)

Sabah
Pengerusi: YB Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud (Ketua Cabang Kota Belud, Ahli Parlimen Sepanggar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
Timbalan Pengerusi: YB Peto Galim (Ketua Cabang Sepanggar, ADUN Inanam)

Pahang
Pengerusi: YB Fuziah Binti Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, anggota Cabang Kuantan)
Timbalan Pengerusi: Rizal Bin Jamin (Ketua Cabang Lipis)

Johor
Pengerusi: YB Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Ledang)

Timbalan Pengerusi: Md Ysahrudin Bin Kusni (Ketua Cabang Bakri)

Terengganu
Pengerusi: Ahmad Nazri Bin Mohd Yusof (Ketua Cabang Kemaman)
Timbalan Pengerusi: Dato Dr. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohd (Anggota Cabang Besut)

Kelantan
Pengerusi: Dato Seri Mohamad Suparadi Bin Md Noor (Ketua Cabang Tanah Merah)

Timbalan Pengerusi: Dr. Shamsudin Bin Ghani (Ketua Cabang Pasir Puteh)

Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Azman Bin Abidin (Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Setiausaha Politik Perdana Menteri)

Timb Pengerusi: Jayakumar A/L R Muniandy (Ketua Cabang Kepong)

Selangor
Pengerusi: Dato’ Seri Amirudin Bin Shari (Ketua Cabang Gombak, Menteri Besar Selangor) - kekal

Timbalan Pengerusi: YB Borhan Aman Shah (Ketua Cabang Sepang, Exco Perumahan dan Kebudayaan) - kekal

Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Utama Aminudin Bin Harun (Ketua Cabang Port Dickson, Menteri Besar Negeri Sembilan) - kekal
Timbalan Pengerusi: Muhammad Nazri Kassim (Ketua Cabang Seremban) - kekal

MPP juga mengumumkan pelantikan Ahli-Ahli MPP seperti berikut:

1. Dato’ Sangkar Rasam

2. Azan Ismail

3. Dato Dr Hj Roslan bin Hussin (Pengarah Latihan)

Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN

 

Related Posts
crossmenuchevron-up