Saya alu-alukan kenyataan YB Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini yang berkata anak syarikat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh diberi lesen untuk mengganti tiang lampu dengan tiang lampu pintar untuk kegunaan 5G kelak. (https://m.malaysiakini.com/news/625585)
Kalau bukan ‘orang tengah’ tapi anak syarikat DBKL yang buat:
1) kos boleh dikurangkan dari RM153,000 (syarikat Ennova) ke RM80,000 (atau lebih rendah) satu tiang
2) DBKL boleh sewa tiang lampu pintar ini terus kepada mana-mana telco yang berminat, dan DBKL kutip sewa terus dari telco
3) DBKL boleh kutip sewa lebih tinggi, dari RM850 (https://malaysiagazette.com/.../dbkl-tidak-terlibat-bina.../) naik ke RM1,200-1,500 satu tiang sebulan; ini sangat baik untuk DBKL & warga KL
4) bila DBKL sewa tiang-tiang kepada telco pada kos lebih rendah berbanding ‘orang tengah’, kos laksana 5G pun jadi lebih rendah - ini baik untuk rakyat!
Oleh itu, saya gesa YB Tan Sri Annuar Musa segera arah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia batalkan lesen-lesen Network Facilities Provider (NFP) ini, atau keluarkan lesen NFP baru untuk anak syarikat DBKL.
Saya percaya langkah ini, jika dilaksana dengan berkesan, akan dapat bantu DBKL, warga KL, dan semua pengguna telco khususnya yang berada di KL.
Fahmi Fadzil
Ahli Parlimen Lembah Pantai