
Biro Politik KEADILAN menyambut baik kenyataan media YAB Datoβ Seri Amirudin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor bahawa Kerajaan Negeri akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), di samping usaha melengkapkan pemberimilikan 104 ekar tanah HSKLU kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang tertangguh sejak 2006.
Pada masa yang sama, keputusan untuk mengekalkan kawasan gantian berjumlah 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga sebagai Hutan Simpan Kekal juga amat dihargai.
Kami merakamkan penghargaan buat YAB Datoβ Menteri Besar yang terbuka menerima pandangan dari pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, badan-badan bukan kerajaan, serta orang awam.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN