
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini.
YAB Pengerusi Pakatan Harapan, Datoβ Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Majlis Presiden telah membincangkan isu-isu berkait urustadbir Kerajaan, perkembangan ekonomi rakyat, dan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara.
Mesyuarat juga telah mendalami dan meneliti keputusan PRN Sabah, dan memutuskan supaya beberapa perkara berhubung reformasi institusi perlu diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.
Mesyuarat turut memutuskan bahawa satu Konvensyen Pakatan Harapan akan diadakan pada suku pertama 2026, bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta halatuju negara bagi dua tahun ke hadapan.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan