March 31, 2026

PENJELASAN BERKAITAN DAKWAAN TIDAK BENAR PELETAKAN JAWATAN

31 Mac 2026 | Petaling Jaya

 

Saya merujuk kepada khabar angin dan dakwaan yang sedang tular di media sosial berhubung kedudukan saya dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat. Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya saya meletak jawatan sebagai  Timbalan Presiden KEADILAN adalah tidak benar sama sekali.

Saya kekal komited menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi. Tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada, dan fokus utama saya kini adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan parti.

Saya menghargai keprihatinan semua pihak, namun saya menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu atau spekulasi yang berniat jahat. Segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti.

 

NURUL IZZAH ANWAR

Timbalan Presiden

Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up