Carian
October 5, 2021

KEADILAN Melaka:Bubar DUN Melaka Tindakan Yang Gopoh

1. Saya mengikuti secara dekat kenyataan media yang telah dilakukan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf yang telah secara rasminya membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka pada hari ini.

2. Tindakan yang dibuat oleh beliau jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat dibelakang dalam tempoh pandemik ketika ini.

3. Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudahpasti akan memberi kesan yang buruk dan demi survival politik, kepentingan rakyat telah diketepikan.

4. Parti Keadilan Rakyat adalah satu parti yang bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak rampasan kuasa Pasca Pru 14.

5. Selaku Pengerusi Keadilan Negeri Melaka, kami akan bersama-sama sahabat dari gabungan Pakatan Harapan untuk terus memastikan demokrasi didalam negeri ini hidup dan tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

Datuk Halim Bin Bachik
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka

Related Posts
crossmenuchevron-up