Adalah Hak Mukhriz Mahathir untuk bercakap bahawa masa depan Anwar Ibrahim sudah berlalu Dan Pakatan Harapan perlukan Pemimpin baru.
Maka penulis ini pun ada hak yang sama untuk mengulas Komen Mukhriz Mahathir itu.
Masyarakat kita Dan Negara Malaysia ini bersikap Terbuka.
Hanya Mukhriz Mahathir elok juga menyedari betapa ramai Rakyat biasa sama ada anggota Keadilan ataupun bukan; penyokong PH atau pun bukan yang terluka di hati apabila ayahanda kepada Mukhriz bersikap mungkir janji kerana enggan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang telah dijanjikan kepada Anwar Ibrahim.
Cakaplah apa jua yang Mukhriz Mahathir mahu cakapkan untuk memperkecil Dan melehkehkan Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim berjiwa Besar untuk terganggu dengan kata-kata yang Mukhriz lontarkan itu.
Tetapi penulis kerdil ini tidak akan membiarkan pemimpinnya yang telah berkorban untuk Rakyat Dan Negara merengkok di dalam penjara lebih 11 tahun lamanya diperkotak-katikkan oleh seorang Ahli politik muda anak bangsawan yang tidak pernah semalam pun merengkok dalam lokap kerana berani bersuara untuk Rakyat.
Namun begitu penulis Masih memberi peluang Dan Hak Mukhriz yang jadi Presiden Parti Pejuang yang hanya ada empat orang Ahli Parlimennya di seluruh negara mempersenda Dan mengecilkan kekuatan sokongan Anwar Ibrahim yang mempunyai lebih 30 Ahli Parlimen Keadilan Dan lebih 90 Ahli Parlimen PH keseluruhannya.
Selemah-lemah Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Mukhriz Mahathir bahawa masa untuk Anwar sudah berlalu, tetapi pada hari ini Anwar Ibrahim masih menjadi Presiden Keadilan, Pengerusi PH Dan Ketua Pembangkang di Parlimen.
Manakala sehebat-hebat Mukhriz anak bangsawan ini beliau tidak dapat melindungi fakta sejarah bahawa Dua Kali Mukhriz dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan Jalan.
Tak pernah Mukhriz Mahathir pegang jawatan MB Kedah dari awal hingga ke akhir macam Menteri Besar-Menteri Besar yang lain.
Penulis bukan suka sangat hendak menulis cerita-cerita seperti ini.Tetapi apabila Mukhriz Mahathir berani bersuara celupar dan kurang adab, maka beliau perlu menerima Ulasan seperti ini.
Tangan yang berani menghunus keris maka perlu bersedia untuk tertikam dengan senjata sendiri.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang