Carian
May 29, 2021

Penutupan Penuh Sektor Sosial Dan Ekonomi , Pakatan Harapan Seru Kerajaan Bagi Bantuan

Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan mengambil pendirian yang konstruktif dengan menyokong keputusan Kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ( total lockdown) Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari dari 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Persetujuan ini kami capai dengan syarat-syarat berikut yang perlu dipenuhi oleh pihak Kerajaan, seperti berikut:-

1. Kerajaan memberi bantuan one off kepada golongan B40 dan M40;

2. Kerajaan melaksanakan Moratorium pinjaman bank selama 3 bulan;

3. Melaksanakan rebat TNB;

4. Kerajaan memastikan bekalan barangan keperluan harian yang mencukupi;

5. Kerajaan memastikan harga barang keperluan tidak naik;

6. Kerajaan memastikan penghantaran barang keperluan ke destinasi tidak terhalang; dan

7. Kerajaan memastikan bantuan berupa bakul makanan mesti sampai kepada rakyat yang memerlukan.

MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan:-

YB Hassan Abdul Karim, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Hj Hassanuddin Mohd Yunus, Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Chong Chieng Jen, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Natrah Ismail, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Sivakumar Varatharaju Naidu, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Chan Foong Hin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Cha Kee Chin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up