
1. Kenyataan pramatang yang dikeluarkan Sdr. Puad Zarkashi kononnya PADU gagal adalah tidak berasas dan mempamerkan ketidakfahaman beliau terhadap konsep pelaksanaan subsidi bersasar.
2. Ini kerana kejayaan atau kegagalan PADU hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap PADU sama ada berupaya meminimumkan 'inclusion' dan 'exclusion error' atau tidak.
3. Hakikatnya, konsep subsidi bersasar ini telah lama dibincangkan sejak pentadbiran Perdana Menteri keenam lagi sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan 2018-2020, tetapi cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanyalah boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data yang mengintegrasikan kesemua data agensi Kerajaan bagi memastikan 'near real time' data.
4. Walau bagaimanapun, kenyataan tanpa pengisian Sdr. Puad tidaklahmengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Sdr. Rafizi menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar yang mahu dibangkitkannya.
5. Sangat wajar supaya beliau dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Rafizi jika terus melakukan serangan terbuka sebegini.
Haziq Azfar Ishak
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan (AMK)