Abu Zahar Harus Beri Penjelasan Isu LPPR Atau Letak Jawatan Serta Merta

Kenyataan media dari enam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) ini, yang menjauhkan diri mereka dari kenyataan Tan Sri Abu Zahar yang ‘membersihkan’ nama Tan Sri Azam Baki, sangat mengejutkan.

Ia menimbulkan persoalan sama ada Tan Sri Abu Zahar telah membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu secara bersendirian?

Abu Zahar kini tiada pilihan kecuali untuk memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan perkara ini – atau meletakkan jawatan serta merta. Amat jelas beliau tiada lagi hak moral untuk menjadi pengerusi LPPR.

Malah kenyataan media enam ahli LPPR ini adalah satu tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar, dan adalah satu bentuk ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau.

Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, ‘penjelasan’ Abu Zahar dan Azam Baki tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *