Adakah Menteri KPKT Akan Terus Mengelirukan Status Pembinaan Rumah PR1MA?

Adakah Menteri KPKT Akan Terus Mengelirukan Status Pembinaan Rumah PR1MA?

MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KERUGIAN YANG DITANGGUNG PARA PEMBELI

Merujuk kepada laporan media YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam, beliau telah berjanji bahawa pembinaan rumah PR1MA Port Dickson akan disiapkan menjelang September 2021.

Respon yang diberikan mungkin merujuk kepada pertemuan saya bersama kumpulan pembeli yang mewakili 659 orang pembeli PR1MA Port Dickson pada hujung minggu lalu, setelah saya bangkitkan permasalahan yang dihadapi pembeli PR1MA Tebrau dam PR1MA Melaka Tengah 2.

Namun, kenyataan terbaru YB Zuraida adalah bercanggah dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak PR1MA iaitu 31 Mei 2021.

Adakah tarikh siap akan dianjakkan sekali lagi selepas beberapa kali ditukar sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri KPKT?
Para pembeli juga menganggap ini merupakan suatu lagi harapan palsu oleh YB Zuraida kerana ketika pertemuan Menteri bersama pembeli PR1MA Port Dickson pada 8 Januari 2021, beliau turut menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan yang telah terhenti sekian lama sejak sebelum penularan wabak Covid-19 lagi, akan disambung semula pada 22 Januari 2021 dengan seramai 300 orang pekerja.

Semakan yang dibuat pada tapak projek pada 4 April 2021 membuktikan janji Menteri adalah meleset sama sekali dan tiada tanda-tanda kerja pembinaan dijalankan https://fb.watch/4IRPHzGwHC/

Sekiranya pemaju yang dibatalkan projek-projek PR1MA lain boleh diberikan pampasan secara keseluruhan RM172 juta, Menteri sepatutnya turut bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung oleh pembeli sepanjang tempoh perbehentian kerja-kerja di tapak pembinaan.

Saya juga mengulangi gesaan agar Menteri berlaku jujur dan terbuka dengan menyenaraikan setiap projek PR1MA dengan tarikh asal siap, senarai projek yang dipinda tarikh siap, senarai projek lewat dan terbengkalai serta kerugian yang ditanggung oleh setiap pembeli akibat kegagalan projek-projek PR1MA siap mengikut jadual asal.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *